Perkhidmatan Perpustakaan


Waktu Perkhidmatan :

ISNIN - KHAMIS
9.00 PAGI – 6.00 PETANG
JUMAAT
9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI / 2.45 PETANG – 6.00 PETANG
(12.00 – 12.45 PETANG (REHAT)
SABTU MINGGU KE-2 & 4
9.00 PAGI – 5.45 PETANG
AHAD & CUTI UMUM
TUTUP
 
Kemudahan & Perkhidmatan:

PPANPs telah menyediakan bahagian kanak-kanak khas bagi menempatkan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Tujuannya ialah untuk keselesaan kepada kanak-kanak. Bahagian kanak-kanak menyediakan koleksi yang menarik dalam pelbagai bahasa di antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Cina. Koleksi ini terbahagi kepada:

a) Koleksi Pinjaman Kanak-Kanak
Koleksi ini terdiri daripada buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam bidang Sains, Teknologi, Sejarah, Agama, Sukan dan sebagainya. Buku-buku ini boleh dipinjam oleh ahli perpustakaan.

b) Koleksi Buku Rujukan Kanak-Kanak
Koleksi ini meliputi semua bidang perkara dan sesuai untuk pengetahuan kanak-kanak Bahan koleksi ini TIDAK BOLEH DIPINJAM dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

Koleksi ini diletakkan di dalam bilik khas dan diasingkan daripada buku pinjaman. Koleksi buku dan ensiklopedia merupakan koleksi utama di koleksi rujukan kanak-kanak.

c) Koleksi Bersiri Kanak-Kanak
Koleksi bersiri kanak-kanak menyadiakan majalah-majalah tempatan yang bersesuaian seperti Majalah Bintang Kecil, Kuntum, Kawan, Asuh, Mickey Mouse dan Komik Anak-Anak Sidek. Disamping itu, terdapat juga majalah jilid dan akhbar pendidikan.

d) Koleksi CD, VCD, Pita Video VDS dan Kaset
Koleksi ini ditempatkan di bilik hipermedia kanak-kanak. Terdiri daripada alat pembelajaran interaktif multimedia yang terkini sesuai untuk kegunaan kanak-kanak. Bahan ini TIDAK BOLEH DIPINJAM.

e) Menjalankan aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar
Aktiviti akan dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu Minggu ke-2 & 4. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik pelajar sekolah antaranya pertandingan mewarna, aktiviti sukaneka, lawatan, bercerita dan sebagainya. Peserta yang menyertai aktiviti berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan