Syarat Keahlian

Kelebihan menjadi ahli

Perpustakaan Kanak-Kanak amatlah menggalakkan adik-adik untuk menjadi ahli perpustakaan. antara kelebihan menjadi ahli perpustakaan adalah :

  • Boleh meminjam buku sebanyak 3 buah setiap hari
  • Dapat menjalankan aktiviti galakan membaca Kelab Membaca Sinar Pintar

  • Cara-cara untuk menjadi ahli perpustakaan:
    • Pendaftaran keahlian dengan menggunakan Mykid
    • Yuran keahlian RM2 (setahun)
    • Keahlian seumur hidup selepas tiga (3) tahun pembaharuan ahli.
     

    Borang ahli yang lengkap diisi:

    • Satu salinan sijil keahlian
    • Satu keping gambar berukuran passport
    • Bayaran keahlian RM6 (YURAN RM2+Kad Ahli RM4) perlu di jelaskan semasa pendaftaran.
    *Keahlian perlu diperbaharui setiap tahun


    SYARAT-SYARAT

    1. Kad Keahlian

    • Setiap ahli berdaftar akan menerima kad ahli sementara.
    • Ahli berdaftar BOLEH meminjam maksimum 2 buah buku dalam tempoh 2 minggu.
    • Kad ahli sementara hendaklah disimpan untuk pertukaran kad ahli sebenar.
    • Kad ahli ini TIDAK BOLEH dipindah milik.
    • Kehilangan/kerosakan kad ahli perlu dilaporkan segera ke pada kakitangan kaunter pinjaman. Untuk mendapat gantiannya, ahli hendaklah melengkapkan boring beserta sekeping gambar berukuran kad penganalan dan dikenakan bayaran RM4.

    2. Pinjaman Buku

    • Seorang ahli berdaftar di benarkan meminjam maksimum 2 buah buku dalam jangkamasa 2 minggu.
    • Sila tunjukkan kad ahli kepada petugas kaunter pinjaman.
    • Dapatkan kembali kad ahli dan resit pinjaman buku. Pastikan bahan pinjaman berada dalam keadaan baik semasa meminjam kerana anda akan bertanggungjawab keatas bahan tersebut.

    3. Pemulangan Buku

    • Sila serahkan buku di kaunter pemulangan.
    • Pemulangan boleh dibuat dengan memasukkan buku ke dalam kotak pemulangan yang disediakan sekiranya perkhidmatan ditutup.
    • Bahan pinjaman WAJIB dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
    • Pemulangan pinjaman boleh dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan.
    • Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan buku yang dipinjam, peminjam perlu membayar harga buku dan kos proses buku (RM1).
    • Denda dikenakan 5 sen sehari bagi setiap buku yang lewat dipulangkan TIDAK TERMASUK hari Ahad dan cuti umum.

    4. Pembaharuan Pinjaman

    • Pembaharuan boleh dibuat dengan datang sendiri/ melalui telefon,sekiranya bahan TIDAK ditempah.Sila nyatakan no.barkod kad ahli/ no.barkod buku. Dapatkan serta semak tarikh pembaharuan/ slip pembaharuan semasa.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan