Kelab Membaca Sinar Pintar telah dilancarkan dengan rasminya oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 2 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena pelancaran rasmi Festival Membaca 2008.
Kelab Membaca Sinar Pintar terbuka kepada semua warga Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat kepada peserta seperti pertandingan membaca/mengeja, dapat melanggani buku komik manga dan pelbagai aktiviti menarik seperti forum, diskusi, sesi bercerita dan sebagainya. Kumpulan sasar utama kelab ini ialah ibu bapa manakala sampingannya ialah kanak-kanak. Kini Kelab Membaca Sinar Pintar mempunyai 1567 ahli berdaftar dan 139 mentor yang telah mendaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia.
OBJEKTIF
Jangka Pendek
Untuk menggalakkan amalan membaca
Jangka Panjang
Untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang gemar membaca
LOGO
Bentuk hati
Melambangkan perhatian dan kasih sayang
Buku hijau
Memperkayakan kehidupan kanak-kanak melalui tabiat membaca
Bentuk abstrak biru tua
Dunia kanak-kanak yang terbentang luas dan mudah dibentuk dengan menanamkan minat membaca
Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Kanak-Kanak Kangar Perlis
Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Kanak-Kanak Negeri Perlis mengalu-alukan adik-adik untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Tertakluk pada pindaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan